Thursday, November 18, 2010

Free program lets you easily change wallpaper images on Windows 7 Starter




Whether you're a novice user or you know your operating system inside-out, chances are good that you like being able to personalize things a little. Changing sound schemes, placing icons on your desktop, changing your wallpaper -- that sort of thing. Unfortunately, that last tweak isn't possible if you're running Windows 7 Starter on a netbook.



At least, it's not possible without a little help. If you'd like to replace the default image with something of your own choosing, download and install StarterBackgroundChanger [Google Translate link]. Once it's installed, you'll be able to change your wallpaper and even set up a slideshow -- just like in the non-crippled versions of Windows 7!



The program's interface is in English, but the installer is in French -- so take the jump for screenshots and pointers about what to click on!



Keep clicking suivant (next) until you come to the next screen...




...then click demarrer (install).

Once the process completes, you'll have two more buttons to click -- just click the only one you can (the others are grayed out).



Now just right click on your desktop and choose personalize from the context menu to change your wallpaper!


Click on wallpaper, choose your image (or images) on the subsequent screen, and set how you want things displayed (stretched, tiled, centered, etc.). Once you press the validate the modification button, your custom wallpaper is set!


Yes, there's a small banner ad displayed on the personalization screen, but it's certainly not worth complaining about. StarterBackgroundChanger is well worth an ad view (or donation) since it provides a simple workaround for one of Windows 7 Starter's more confusing (and bothersome) feature omissions.


for download klik this link:
Download Starter Background Changer

Monday, November 15, 2010

TUTORIAL MENDOWNLOAD VIDEO DI FADEBOOK

Fasilitas yang diberikan Facebook kepada penggunanya selain dapat menambahkan aplikasi game Facebook juga aplikasi Chat Facebook Dengan Pidgin bersama teman dan user lainnya, yaitu memungkinkannya pengguna Facebook untuk menyaksikan dan berbagi Video, namun sayangnya Facebook tidak menyediakan fitur untuk download atau kode embed, sehingga kita tidak dapat memperlihatkan video tersebut kepada orang yang bukan anggota Facebook.



Namun anda bisa memanfaatkan fitur dalam browser yang anda gunakan sekarang entah itu Firefox, Internet Explorer (IE) atau Safari untuk mendownload Video Facebook. Yang perlu anda lakukan sebelum melakukan download ialah menyaksikan video Facebook yang ingin anda download hingga habis lalu copy file video tersebut! Oke inilah langkah-langkah spesifiknya!


Download atau save Video Facebook Dengan Browser Internet Explorer (IE)



  1. Saksikan Video Facebook yang ingin download hingga selesai.

  2. Setelah Video selesai, pada browser IE bagian atas klik menu Tools -> Internet Options -> Settings >> View Files.


  3. Anda akan temukan file berukuran besar dengan tipe deskripsi unknown (tidak di ketahui) dan nama file yang panjang.

  4. Copy file tersebut dan paste ke lokasi manapun seperti Desktop, My Documents, Drive D atau manapun.

  5. Lalu klik kanan pada file tersebut dan pilih Rename dengan akhiran .flv, contohnya: VideoFaceboo.flv

  6. Lalu download VLC Media Player atau FLV player untuk memainkan video Facebook yang anda download.


  7. Beres!


Download atau save Video Facebook Dengan Browser Mozilla Firefox:



  1. Saksikan Video Facebook yang ingin download hingga selesai.

  2. Lalu menuju drive C:\ >> Documents and Settings >> USER >> Local Settings >> Application Data >> Mozilla >> Firefox >> Profiles


  3. Lalu ikuti langkah 3 hingga 6 dari tutorial simpan Video Facebook di IE diatas


Download atau save Video Facebook Dengan Browser Safari:


Untuk Browser Safari jauh lebih mudah lagi, begini: Anda klik Window pada browser Safari lalu klik Activity seperti pada gambar berikut ini:


Browser Safari Window Activity Facebook

Menu Activity akan menampilkan semua file yang tersimpan di dalam browser Safari saat anda melihat video, browsing dan sebagainya, seperti ini:

Safaru Activity File


Setelah anda ketemui file Video Facebook maka klik kemudian akan muncul pesan popup seperti ini:



Pesan Download Safari


Lalu anda klik Download dan beres!


Sekarang anda bisa mendownload video Facebook kapanpun dan dimanapun anda temukan video Facebook menarik dan ingin anda simpan di HD komputer anda! Semoga bemanfaat & C Ya!

Friday, November 5, 2010

Tips pantas : Meletak nama di taskbar Windows





Ini sedikit tips pantas & ringkas untuk anda.

Anda mahu meletakkan nama anda di taskbar Windows?



Anda boleh lakukan dengan mudah.


Langkah 1


Pergi ke menu Start > Control Panel > Regional & Language Options


Kemudian klik Customize…


task.jpg


Langkah 2



Pilih Tab Time.


Kemudian pergi ke kotak AM symbol atau PM symbol dan letakkan nama anda di situ. Maksimum 12 karakter.


task2.jpg


Hasilnya anda lihat dibawah.


task3.jpg


Semoga berjaya!

Memendekkan Masa Boot Windows



Ada sedikit tips ringkas dan mudah untuk anda… tapi jangan lupa tanggung sendiri yer….


Kita teruskan agenda kita… Windows XP mempunyai masa boot yang agak lama sebelum ia keluar sepenuhnya. Untuk memendekkan masa boot, apa yang boleh anda lakukan ialah melakukan edit pada masa boot Windows.


Bagaimana hendak melakukannya? Ikuti langkah-langkah berikut…


Langkah 1


Pergi ke menu Start > Run dan taip “msconfig”.



boot1.jpg


boot2.jpg


Langkah 2


Kemudian muncul tetingkap System Configuration Utility. Pilih menu tab BOOT.INI. Disini masa yang telah ditetapkan di kekotak Timeout ialah 30 saat.


Anda boleh mengurangkan kepada masa yang anda mahu. Pilihan masa yang dibenarkan ialah dari 3 hingga 999 saat. Disini saya letakkan 3 saat.



boot3.jpg


Setelah selesai klik Apply dan kemudian klik OK.


Restart komputer anda untuk melihat hasilnya.


p/s ; Hasilnya bergantung kepada tahap penggunaan komputer anda iaitu jenis perisian dan konfigurasi sistem anda. Tapi sekurang-kurangnya anda mencuba!


Semoga berjaya!

USB Portable Software (Perisian Mudah alih)

Bayangkan dengan teknologi terkini, anda boleh membawa bersama perisian kegemaran anda dan biasa anda gunakan untuk digunakan dimana jua dan apa jenis PC di dalam dunia ni. Sekiranya ada perisian yang anda perlukan, anda hanya perlu bawa USB thumbdrive anda dan simpan. Gunakan bila perlu tanpa download semula atau install semula pada mana-mana PC. Mudah bukan?! Dan yang paling menarik sekali kebanyakkannya adalah percuma!Dengan saiz thumbdrive/pendrive yang semakin besar, tak menjadi masalah untuk anda muatkan sekali perisian-perisian yang berguna.


Sebelum itu, anda tahu apa itu USB Portable Software (Perisian Mudah alih)? Dengan teknologi terkini, kebanyakkan perisian telah dibina dan boleh disimpan di USB thumbdrive untuk digunakan terus di mana-mana komputer. Terdapat pelbagai jenis aplikasi sekarang yang boleh dijalankan hanya dengan thumbdrive/pendrive anda seperti perisian email, web browser, perisian pejabat, antivirus, perisian utiliti dan malahan sistem operasi (OS) juga ada yang telah boleh disimpan dan dijalankan hanya melalui thumbdrive/pendrive anda! Dan yang paling menarik, segala setting akan disimpan di dalam thumbdrive/pendrive anda. Jadi, tiada sebarang maklumat akan disimpan atau ditinggalkan di dalam pc orang lain yang anda gunakan.


Kini, terdapat pelbagai laman web yang menyediakan perisian mudah alih ini, malah ada yang telah mengumpulkannya di dalam satu laman web untuk memudahkan pengguna mendapatkan perisian-perisian mudah alih yang terkini yang kebanyakkannya percuma. Ada juga syarikat-syarikat yang menawarkan perisian mudah alih berbayar tapi ia bergantung kepada kelebihannya bukan?!


Antara laman web yang menyediakan USB Portable Software (Perisian Mudah alih) ialah :


Percuma :


http://portableapps.com/


http://www.portablefreeware.com/


http://www.pendriveapps.com/


http://www.myportables.info/


Ini berbayar :

http://www.smarthumb.com/product/index.html


Antara senarai koleksi perisian mudah alih percuma :


Perisian Pejabat Mudah-Alih



Perisian Email Client Mudah-Alih




Perisian IM (Internet messaging) Mudah-Alih



Perisian Multimedia Mudah-Alih




Perisian Grafik Mudah-Alih



Perisian Web Browser dan internet tools Mudah-Alih



Perisian Keselamatan Mudah-Alih




Permainan Mudah-Alih




Dan maca-macam lagi perisian anda boleh dapati di internet nih…

Apa yang perlu anda buat ialah Google kan ajer ok…

Enjoy!

Apa Itu Windows Registry ?




Antara kecanggihan dan kemudahan yang dimiliki oleh OS Windows, adalah memiliki sistem pangkalan data informasi yang tersusun mengenai konfigurasi perisian dan perkakasan dikenali sebagai Windows Registry.


Di bawah ni ada sedikit maklumat dan informasi mengenai apa itu Windows Registry…


Apa Itu Registry?


Menurut kamus Microsoft edisi ke 5, registry adalah:



Pusat susunan pengkalan data yang digunakan oleh Windows 9x keatas untuk menyimpan informasi yang digunakan untuk mengkonfigurasi satu atau lebih pengguna, aplikasi, dan perkakasan.

Informasi dari registry diakses terus oleh Windows untuk mengetahui profil pengguna, aplikasi yang di install di komputer dan dokumen apa yang boleh dibuat oleh aplikasi tersebut, setting dari folder dan icon, perkakasan yang dipasang, dan port yang sedang dipakai.


Registry menggantikan hampir semua .ini file yang digunakan oleh konfigurasi Windows 3.x dan MS-DOS, seperti autoexec.bat dan config.sys. Meskipun registry ada di semua Windows, tapi tiap versi mempunyai perbezaan yang tersendiri.


Apa yang kita peroleh dengan merubah registry? Biasanya, pengguna melakukan sedikit konfigurasi pada registry mengikut keperluan pengguna seperti mengoptimakan kelajuan Windows, setting perisian-perisian dan lain-lain.





Susunan Registry


Registry disusun seperti file folder dan subfolder seperti di Windows Explorer. Bezanya folder ini tidak berisi file tetapi mempunyai informasi mengenai perisian dan perkakasan.


Folder: HKEY_CURRENT_USER

Berisi konfigurasi untuk pengguna yang semasa. Folder, warna screen, dan setting Control Panel juga disimpan disini. Kunci untuk HKEY_CURRENT_USER sering disingkat “HKCU.”


Folder: HKEY_USERS

Berisi profil semua pengguna yang mempunyai akaun profile di sistem. HKEY_CURRENT_USER adalah sebahagian dari HKEY_USERS. HKEY_USERS sering disingkat “HKU.”


Folder: HKEY_LOCAL_MACHINE


Berisi konfigurai perisian dan perkakasan (untuk semua pengguna). Singkat: HKLM.


Folder: HKEY_CLASSES_ROOT

Disingkat HKCR, adalah sebahagian dari HKEY_LOCAL_MACHINE\Software. Informasi disini digunakan untuk meluncurkan aplikasi yang benar jika anda mengklik file di Windows Explorer. Bermula dengan Windows 2000, informasi ini disimpan baik di HKEY_LOCAL_MACHINE dan juga di HKEY_CURRENT_USER.


HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Classes berisi setting default untuk semua pengguna di lokal komputer. HKEY_CURRENT_USER\Software\Classes berisi setting yang mengandungi setting semasa. HKEY_CLASSES_ROOT menggabung informasi dari kedua sumber ini (HKLM dan HCU).


Untuk merubah setting untuk pengguna yang sedang aktif, perubahan harus melalui HKCU\Software\Classes (bukan HKCR). Untuk merubah setting default harus melalui HKLM\Software\Classes. Jika anda menulis kunci dibawah HKCR, sistem akan menyimpan informasi ini di HKLM\Software\Classes. Jika anda menulis nilai dari kunci dibawah HKCR, dan kunci tersebut sudah ada dibawah HKCU\Software\Classes, sistem akan menyimpan informasi ini disini (daripada di HKLM\Software\Classes).


Folder: HKEY_CURRENT_CONFIG

Berisi informasi tentang profil hardware yang digunakan oleh lokal komputer. Singkatan: HKCC.


Persiapan



Sebelum merubah registry, anda sangat disarankan membuat back up. Kesalahan merubah registry boleh mengakibatkan Windows menghadapi masalah dengan perkakasan. Pastikan anda memahami dan sangat tahu apa yang mahu dilakukan pada registry anda.


Untuk backup registry, gunakan Registry Editor lalu ke menu File > Export…


Akses Registry Editor


Registry editor (regedit.exe) sudah ada di Windows. Untuk menjalankan:



  1. Klik Start

  2. Pilih dan klik Run…


  3. Taip regedit dan klik OK.regedit.jpg


Di aplikasi ini terdapat 2 bahagian. Bahagian kiri terlihat susunan folder seperti Windows Explorer dan disebelah kanan pula berisi maklumat-maklumat registry.

Rujukan tambahan : http://en.wikipedia.org/wiki/Windows_Registry

34 Plugin Firefox Yang Berguna Untuk Kehebatan Pelayaran Internet Anda.

34 Plugin Firefox Yang Berguna Untuk Kehebatan Pelayaran Internet Anda.


Pengguna Musang Berapi (Firefox) yang setia? Pernah gunakan plugin Firefox untuk pelayaran internet lebih menyenangkan? Di sini terdapat koleksi 34 plugin firefox yang terbaik dan popular yang menjadikan pelayaran internet, muat turun dan navigasi Firefox menjadi mudah dan berkuasa.


Kebanyakkan plugin ini seharusnya berfungsi dengan baik dengan pelayar Firefox 2++ .


Cubalah untuk rasai kelainannya dan gunakan mengikut keperluan anda…..


Firefox Tab



  • Tab Mix Plus - Plugin ini menyediakan pelbagai fungsi tab. merge tabs and close


  • Colorful Tabs - Menceriakan tab-tab anda. Plugin ini memberikan warna-warna yang berlainan dan menarik.

  • Permatabs - Menjadikan tab pilihan atau yang laman yang sering anda lawat kepada tab kekal yang tidak boleh ditutup.


Link Laman web



  • Linky - Setiap link yang ada ditemui di lawan web akan membolehkan ia dibuka pada tab atau browser yang berlainan.

  • IE Tab - Membuka link atau laman seperti pelayar Internet Explorer


  • ErrorZilla - Menukar laman error 404 kepada beberapa pilihan


Fungsi Muat turun



  • FlashGot - Fungsi yang membolehkan muat turun anda lebih baik dan diuruskan dengan baik.

  • PDF Download - Setiap kali anda klik fail pdf di internet, plugin ini akan membuka tab yang baru untuk memudahkan bacaan.

  • ScrapBook - Membantu memudahkan menyimpan laman web yang anda mahu dan membantu menguruskannya.


  • Download Manager Tweak - Fungsi yang membolehkan muat turun anda lebih baik dan diuruskan dengan baik.

  • Download Statusbar - Mewujudkan status bar untuk setiap muat turun yang dilaksanakan.

  • FireFTP - Menjadikan firefox anda mempunyai fungsi FTP seperti IE


Kawalan Navigasi



  • Image Zoom - Membolehkan anda melakukan zoom pada imej di laman web.


  • Fasterfox - Tingkatkan kelajuan pelayar firefox anda.

  • SpellBound - Menghidupkan fungsi pemeriksa perkataan atau spell checker sekiranya anda menaip meial dan sebagainya.

  • Copy Plain Text - Menyalin teks di laman web tanpa format seperti mungkin kod-kod html. Ia seperti menyalin teks tanpa format di Notepad. Adblock Plus - is an enhanced version of Adblock. Block ads, applets, flash, embedded-media etc.

  • Flashblock - Menghalang semua jenis kandungan flash di laman web.


  • Pearl Crescent Page Saver - Menukarkan laman web yang anda lawat sebagai imej dari screenshot plugin ini.

  • Reload Every - Anda boleh menetapkan laman web di refresh automatik mengikut kemahuan anda.

  • Clear Cache Button - Membersihkan cache internet anda dengan satu klik.


  • gTranslate - Mengalih bahasa teks di laman web anda dengan perkhidmatan alih bahasa Google.


Keselamatan



  • NoScript - Hanya membenarkan JavaScript, Java pada laman atau alamat laman web yang anda mahu.

  • Stealther - Layari internet tanpa meningalkan jejak.



Kawalan Carian



  • Google Toolbar for Firefox - SpellCheck, AutoFill, Pagerank laman web, gmail, WordTranslator dan lain-lain.

  • CustomizeGoogle - Menambah keputusan carian Google smemasukkan link tambahan seperti Yahoo, Ask Jeeves, MSN dan lain-lain


Muzik



  • FoxyTunes - Mendengar muzik sambil melayari internet.



Kawalan Email



Bookmark




Plugin Menarik



  • Adsense Notifier - Untuk pengguna yang menggunakan adsense di laman web atau blog mesti mendapatkan plugin ini. Ia akan memaparkan pendapatan adsense anda di status bar.

  • Map+ - Memaparkan peta tanpa perlu menutup pelyar anda.



Ini bukanlah senarai lengkap kepada plugin yang ditawarkan kepada Firefox di internet. Ini adalah plugin yang biasa digunakan dan popular. Terdapat pelbagai lagi plugin yang disediakan untuk kemudahan pengguna. Carilah di pakcik google yer…

Menambah font di Windows XP

Harini berkesempatan untuk berkongsi sedikit tips mudah untuk anda. Walaupun pada mulanya bercadang hendak membawa isteri berpantang di kampung di Temerloh tetapi disebabkan banjir di Lancang maka terpaksa ditunda beberapa hari. Maka dapatlah saya mengemaskini sedikit blog ini untuk tatapan anda.


Adakalanya kita mahu menggunakan selain font-font yang biasa atau standard yang terdapat di dalam komputer kita tapi tak tahu bagaimana caranya. Harini saya akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menambah font-font kegemaran anda ke dalam sistem komputer anda dengan mudah.


Langkah 1


Anda boleh dapatkan font di laman web kegemaran anda atau di http://www.searchfreefonts.com/ atau http://www.1001freefonts.com/. Anda perlu muat turun dan ekstrak ke dalam folder pilihan anda.


font.jpg



Langkah 2


Pergi ke menu Start > Control Panel. Kemudian di Control Panel, klik menu ikon Fonts.


font2.jpg



Langkah 3



Tetingkap yang mengandungi font-font di dalam komputer anda akan terpapar.

Untuk menambah font baru, pergi ke menu File > Install New Font…


font3.jpg


Cari folder font yang anda muat turun dan ekstrak tadi. Setelah folder di pilih, jenis-jenis font dalam folder akan terpapar.

Anda boleh pilih atau pilih semua font yang anda mahu masukkan. Kemudian klik OK.


font5.jpg


Font yang anda pilih akan di salin ke dalam folder font di dalam sistem komputer anda.


font6.jpg


Langkah 4



Anda boleh periksa dan uji font pilihan anda di Microsoft Word.


font7.jpg


Semoga berjaya!


ps : sekiranya sistem komputer anda masih tidak mengesan atau menyenaraikan font pilihan anda, sila restart komputer anda. ;)


pps : sebarang kemungkinan kegagalan dalam sistem komputer anda adalah tanggungjawab anda sendiri…

Tuesday, November 2, 2010

Unlocker Cara Mudah Memadam Fail dan Folder

Untuk post yang lepas saya telah cuba buat mengikut langkah diber tetapi malang tidak berbau, selepas buat folder tidak boleh delete folder tersebut. Saya mula gelabah dan tidak tahu untuk buat apa-apa selain bertanya kepada rakan-rakan seperjuangan. Maklumlah ilmu komputer masih belum khatam habis lagi




Alhamdulillah, seorang rakan saya mencadangkan kepada saya menggunakan perisian bernama Unlocker. Perisian ini amat baik dan paling menguntungkan kepada pengguna, ianya adalah percuma. jadi, jimat wang. Boleh pula dimuat turun dari internet. Mudah dan cepat.


Ketiga paling penting, ia dapat menjalankan tugasan dengan baik. Dalam kes ini, saya telah berjaya memadam folder yang saya sembunyikan daripada langkah Tips Sembunyikan Folder di Windows. Unlocker juga dapat menjalankan tugasan lain.


Untuk anda yang mnegalami kesukaran untuk memadam folder ataupun fail dalam Windows anda, boleh layari www.unlocker.com dan muat turun segera.



Selamat mencuba !!!!

Menjaga Hard Disk Dengan Disk Cleanup

Category: Tips



diskcleanup_anjungpc.jpgSalam sejahtera,


Kenapa perlu Disk Cleanup?



  • Membuang fail sejarah penggunaan internet (temporary internet files)

  • Membersihkan Recycle Bin

  • Membuang fail-fail/komponen dalam Windows yang tidak diperlukan

  • Membuang semua komponen-komponen semasa install.



Bagaimana caranya melakukan Disk Cleanup?



  1. Klik pada Start > All Programs.

  2. Teruskan ke Accessories.

  3. Pilih System Tools.


  4. Pilih Disk Cleanup.

  5. Pilih bahagian yang ingin dilakukan Disk Cleanup dan klik OK.


Anda juga boleh melakukan dengan cara ini:



  1. Klik pada Start > Run.


  2. Klik Run.

  3. Taipka cleanmgr

  4. Klik OK.

  5. Pilih bahagian yang ingin dilakukan Disk Cleanup dan klik OK.


Melakukan Disk Cleanup akan menyebabkan komputer anda menjadi semakin laju dari biasa kerana fail-fail yang tidak diperlukan telah dibersihkan.Sayangilah hard disk anda sebab kalau hard disk dah rosak semua fail yang terkandung dalam hard disk tersebut hilang begitu sahaja.Menangis nanti icon_smile.gif



Selamat mencuba.

Cara Mengatasi Komputer/Laptop Perlahan

Salam sejahtera,Artikel kali ini adalah sambungan daripada artikel Kenapa Komputer Anda Perlahan? Pada artikel lepas, saya berkongsi sebab-sebab utama sesuatu komputer boleh menjadi perlahan. Artikel kali ini adalah cara mengatasi komputer/laptop yang perlahan.

Baiklah, rujuk semula 5 perkara sebelum ini. Saya akan senaraikan semula punca dan juga jalan penyelesaiannya.


Punca 1. Membuka program yang menggunakan memori yang tinggi


Penyelesaian 1: Program yang mempunyai memori yang tinggi perlu beserta dengan RAM yang tinggi. Cara paling mudah, buka program yang menggunakan memori yang tinggi dan tutup/matikan program lain.



Contohnya, jika anda membuka permainan komputer (games) yang semestinya akan menggunakan memori yang tinggi, tutup/matikan aplikasi lain seperti Internet Explorer, Antivirus dan juga apa sahaja program yang tidak digunakan ketika itu. Jadi, RAM dan processor akan tertumpu ke satu program sahaja dan secara tidak langsung akan melajukan komputer anda.


Punca 2. Program yang berjalan di sebalik tabir (background program)


Penyelesaian 2: Cara paling mudah anda matikan sahaja program tersebut. Gunakan fungsi disable pada option atau jangan run semasa loading windows. Semua setting ini ada pada option/preference pada setiap program.



Untuk hilangkan program pada startup boleh gunakan System Configuration Utility. Caranya Klik pada Run -> msconfig dan tekan OK. Terus ke Startup tabs dan untick pada program yang tidak diperlukan semasa startup komputer.


Punca 3: Ruang hard disk yang terhad


Penyelesaian 3: Tiada cara lain melainkan menambah saiz hard disk atau membuang sebarang perisian yang tidak digunakan pada komputer anda.


Anda juga boleh gunakan fungsi scandisk dan juga defragment pada hard disk. Anda juga boleh lakukan menggunakan perisian CCleaner.



Punca 4: Virus, trojan, spyware dan anasir jahat.


Penyelesaian 4: Update dan scan seluruh komputer. Satu tips daripada saya, pastikan scan setiap pendrive yang dipasang pada komputer. Pendrive memang mudah berjangkit dari satu PC ke PC yang lain. Virus bergerak semudah kita membawa pendrive ke mana-mana. Jadi, berhati-hati.


Punca 5: Memori (RAM) yang rendah


Penyelesaian 5: Cara paling mudah anda perlu tambah RAM atau kurangkan program yang dipasang pada komputer. Install hanya ikut keperluan sahaja.


Selamat mencuba dan saya masih lagi menantikan idea-idea bernas daripada anda!!

Apa itu ping?

Ping bertujuan untuk mengetahui sama ada sesuatu destinasi (destination) itu wujud atau tidak. Ping dihasilkan daripada sumber utama (source). Jika destinasi itu wujud ia akan bertindak balas dengan memberitahu statusnya. Contoh sukan yang menggunakan konsep ini adalah ping pong.


Contohnya apabila kita menggunakan command prompt untuk ping sesuatu laman web. Jika hasil ping adalah reply, bermakna laman web tersebut masih lagi aktif.


Di bawah adalah contoh laman web yang saya ping. Apabila lakukan proses ping, website tersebut memberi tindak balas yang positif. Jadi, laman web tersebut aktif.



Sebenarnya, ping ini mendapat ilham daripada perbualan dan hubungan kita setiap hari. Misalnya, apabila kita ke rumah rakan kita akan memberi salam (proses ping daripada sumber). Jadi hasilnya ada dua:



1. Salam kita dijawab. Proses ping dua hala berlaku dan berjaya kerana ada tindak balas yang positif.


2. Salam kita tidak dijawab. Adakah rakan kita tiada di rumah? Keluarkah atau sudah pergi tak kembali? Tiada tindakbalas. Jadi kita tahu rakan kita tiada di rumah.


Sebagai pengguna internet dan networking tegar, aplikasi ping seperti command prompt adalah salah satu benda wajib. Tujuan utama untuk menyemak status destination sama ada aktif atau sebaliknya.


Apa kita boleh buat dengan ping?


1. Jika internet bermasalah (down), cuba ping laman web kegemaran anda menggunakan command prompt. Jika ada reply bermaksud talian internet anda masih lagi mempunyai sambungan. Mungkin bermasalah kepada DNS dan browser anda.


2. Bertegur sapa seharian. Gunakan konsep ping untuk berbual, bertanya khabar dan berbincang.


3. Ping blog atau website anda guna Pingler.com. Satu website yang dapat memberitahu search engine maklumat terkini/update blog.

CCleaner-cara mudah memadam data

Jika anda pertama kali mengunjungi blog Anjung PC anda digalakkan subscribe di sini untuk mendapatkan artikel komputer menarik.Klik di sini untuk subscribe


Salam sejahtera,


Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai satu perisian/software untuk memadam data yang terdapat dalam komputer terutamanya di dalam hard disk anda.Cara lain adalah dengan menggunakan disk cleanup.Tapi kali ini kita menggunakan perisian.Nama perisian tersebuta adalah CCleaner.Bagi pengguna komputer sudah tentu pernah menggunakan perisian ini.



ccleanerlogo.JPG


Kenapa CCleaner?



  1. Pertama sekali ianya percuma dan anda boleh download tanpa dikenakan sebarang bayaran.Satu perisian jenis freeware.Layari www.ccleaner.com untuk download.

  2. Cara install adalah pantas dan memerlukan ruang yang sedikit.Tidak mempunyai Spyware dan Adware.


  3. Ia berfungsi untuk memadam fail yang tidak digunakan dalam komputer dan fail sementara dalam internet browser seperti Interntet Explorer dan Mozilla Firefox anda.Contohnya:



  • Internet Explorer

    - Temporary File Cache

    - URL History

    - Cookies

    - Hidden Index.dat files


    - Last download file location



  • Firefox

    - Temporary File Cache

    - URL History

    - Cookies

    - Download manager

  • Recycle Bin


  • Clipboard

  • Windows Temporary files

  • Windows Log files

  • Recent Documents (on the Start Menu)

  • Run history (on the Start Menu)

  • Windows XP Search Assistant history

  • Windows XP old Prefetch data

  • Windows memory dumps after crashes

  • Chkdsk file fragments



Saya pernah menggunakan perisian ini dan amat berpuas hati.Tiada masalah bagi saya jika hendak memadam data pada komputer.Data yang terlalu lama disimpan boleh menyebabkan komputer menjadi berat dan lambat.


Selamat mencuba

Windows corrupt c:windows/system32/config

Sekiranya anda mempunyai masalah tidak boleh masuk Windows dan keluar error seperti dibawah : -


Windows XP could not start because the following file is missing or corrupt: \WINDOWS\SYSTEM32\CONFIG\SYSTEM


atau


Windows XP could not start because the following file is missing or corrupt: \WINDOWS\SYSTEM32\CONFIG\SOFTWARE


atau


Stop: c0000218 {Registry File Failure} The registry cannot load the hive (file): \SystemRoot\System32\Config\SOFTWARE or its log or alternate



atau


System error: Lsass.exe


When trying to update a password the return status indicates that the value provided as the current password is not correct.


kalau ada… cuba langkah nih


Step 1 :- masuk cd windows


… boot ikut cd…


Step 2 :- pastuh pegi kat recovery console… select 1 untuk pergi kat prompt… kalau dah dapat prompt… taip nih


C:\WINDOWS >cd system32\



ren config configold


mkdir config


cd config


copy c:\windows\repair\system


exit


pc akan reboot lepas nih..kalau masih tak leh masuk windows…. ulang langkah atas nih… tapi tambah command bawah nih selepas copy c:\windows\repair\system…


copy c:\windows\repair\software


copy c:\windows\repair\security


copy c:windows\repair\default



selamat mencuba......

Pulihkan hidden folder atau file disebabkan virus

Macam-macam cara sekarang ini virus mencari masalah. Baru-baru ini virus yang menyerang fail-fail Word anda. Semua fail ini disembunyikan dan dan virus ini menyamar menjadi fail anda. Disini kami menemui cara untuk mengembalikan fail-fail Word ini balik. Pastikan antivirus anda dapat mengesannya dahulu. Jika tidak hasil usaha anda ini akan sia-sia dan virus itu akan menyembunyikan fail anda. CARA PERTAMA Mula-mula sekali anda perlu buka aplikasi DOS Image
Pilih menu Run dan taipkan “cmd”
Image
Setelah itu taipkan attrib +a -r -s -h C:\*.doc /s /d Tekan kekunci ENTER seperti begini

Image

Arahan ini adalah untuk cakera keras C. Jika anda ada beberapa cakera keras termasuk pendrive anda bolehlah menukarkan C: kepada nama lain seperti attrib +a -r -s -h D:\*.doc /s /d attrib +a -r -s -h E:\*.doc /s /d attrib +a -r -s -h F:\*.doc /s /d dan sebagainya.

CARA KEDUA Cara Malas nak taip command



Dapatkan Geekz Virus Remover di (Sokong la Buatan Malaysia)

http://www.geekzlife.net/v1/gvr-42-beta … bulan-ini/ Buka Geekz Virus Remover Tools —> Unhidden Folder(s) / File(s) Image

Disini anda boleh pilih Folder/Driver atau Single File Klik Browse Image

Pilih Folder yang anda mahu Image

Dan akhir sekali klik pada Start dan tunggu sampi siap Image

Selamat Mencuba.......

Sejarah Komputer

Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940. Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya :



  • Generasi Pertama (1940-1959)

  • Generasi Kedua (1959-1964)


  • Generasi Ketiga (1964-1980)

  • Generasi Keempat (1980 – Sekarang)

  • Generasi Kelima (Masa Depan)


GENERASI PERTAMA


Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat yang sebelum ini sering melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe). Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling. Tiub Vakum ENIAC Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu



ENIAC (Electronic Integrator And Calculator)


telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai ingatan yang disimpan diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja. Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan.



EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator)


telah menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan. Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer


EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer).


Ia lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.


UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator)


yang juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat.


GENERASI KEDUA



Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan. Bahasa peringkat tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer untuk melatih kakitangan mahir. Famili kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam bidang perniagaan.


DEC PDP-8


adalah komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM (International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094.


GENERASI KETIGA


IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu



System/360. Ia mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak. Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula. Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal seperti




Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal, C, Logo dan PL/1. Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.



GENERASI KEEMPAT


Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI). Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang dipanggil Superkomputer (SuperComputer) seperti



Cray 1 yang kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan pengkalan data yang amat besar. Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa. Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan ‘multimedia’ yang mampu menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa (International Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah !. Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.


GENERASI KELIMA


Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu, projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil ‘Artificial Intelligence’ akan mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia. Jabatan ketenteraan Amerika Syarikat juga telah mula merancang penggunaan robot di dalam peperangan, projek ini dikenali dengan nama ‘Star Wars’ ia juga menggunakan sepenuhnya penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi pelbagai informasi tentang pengguna tersebut. Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturcaraan Pascal contohnya, kita dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan buah epal menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya !. Komputer juga dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan ‘video conference’ dijangka akan digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka akan wujud di segenap negara.

Bagaimana hendak membuat tiga IP masuk serentak?

Permasalah ini cukup mudah dan tanpa menambahan sebarang kos dari segi kewangan. Ia boleh digunakkan pada OS XP, Vista dan Windows 7, Windows Server 2000, Windows Server 2003 dan Windows Server 2008


Langkah 1:


Pilih pada Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) kemudian klik Properties


Langkah 2:



Klik pada Advanced



Langkah 3:



Kemudian Klik pada Add dan masukkan IP address dan Subnet mask

buat pada Default Gateways dan hanya masuk padak IP Default gateway

Mudahkan, keberkesanan hanya pada Statik IP, dan memudahkan anda mengakses pada 2 atau lebih berlainan IP atau gateway dalam 1 dalam rangkaian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Lady Gaga, Salman Khan