Friday, November 5, 2010

Menambah font di Windows XP

Harini berkesempatan untuk berkongsi sedikit tips mudah untuk anda. Walaupun pada mulanya bercadang hendak membawa isteri berpantang di kampung di Temerloh tetapi disebabkan banjir di Lancang maka terpaksa ditunda beberapa hari. Maka dapatlah saya mengemaskini sedikit blog ini untuk tatapan anda.


Adakalanya kita mahu menggunakan selain font-font yang biasa atau standard yang terdapat di dalam komputer kita tapi tak tahu bagaimana caranya. Harini saya akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menambah font-font kegemaran anda ke dalam sistem komputer anda dengan mudah.


Langkah 1


Anda boleh dapatkan font di laman web kegemaran anda atau di http://www.searchfreefonts.com/ atau http://www.1001freefonts.com/. Anda perlu muat turun dan ekstrak ke dalam folder pilihan anda.


font.jpg



Langkah 2


Pergi ke menu Start > Control Panel. Kemudian di Control Panel, klik menu ikon Fonts.


font2.jpg



Langkah 3



Tetingkap yang mengandungi font-font di dalam komputer anda akan terpapar.

Untuk menambah font baru, pergi ke menu File > Install New Font…


font3.jpg


Cari folder font yang anda muat turun dan ekstrak tadi. Setelah folder di pilih, jenis-jenis font dalam folder akan terpapar.

Anda boleh pilih atau pilih semua font yang anda mahu masukkan. Kemudian klik OK.


font5.jpg


Font yang anda pilih akan di salin ke dalam folder font di dalam sistem komputer anda.


font6.jpg


Langkah 4



Anda boleh periksa dan uji font pilihan anda di Microsoft Word.


font7.jpg


Semoga berjaya!


ps : sekiranya sistem komputer anda masih tidak mengesan atau menyenaraikan font pilihan anda, sila restart komputer anda. ;)


pps : sebarang kemungkinan kegagalan dalam sistem komputer anda adalah tanggungjawab anda sendiri…

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Lady Gaga, Salman Khan