Friday, November 5, 2010

Memendekkan Masa Boot Windows



Ada sedikit tips ringkas dan mudah untuk anda… tapi jangan lupa tanggung sendiri yer….


Kita teruskan agenda kita… Windows XP mempunyai masa boot yang agak lama sebelum ia keluar sepenuhnya. Untuk memendekkan masa boot, apa yang boleh anda lakukan ialah melakukan edit pada masa boot Windows.


Bagaimana hendak melakukannya? Ikuti langkah-langkah berikut…


Langkah 1


Pergi ke menu Start > Run dan taip “msconfig”.



boot1.jpg


boot2.jpg


Langkah 2


Kemudian muncul tetingkap System Configuration Utility. Pilih menu tab BOOT.INI. Disini masa yang telah ditetapkan di kekotak Timeout ialah 30 saat.


Anda boleh mengurangkan kepada masa yang anda mahu. Pilihan masa yang dibenarkan ialah dari 3 hingga 999 saat. Disini saya letakkan 3 saat.



boot3.jpg


Setelah selesai klik Apply dan kemudian klik OK.


Restart komputer anda untuk melihat hasilnya.


p/s ; Hasilnya bergantung kepada tahap penggunaan komputer anda iaitu jenis perisian dan konfigurasi sistem anda. Tapi sekurang-kurangnya anda mencuba!


Semoga berjaya!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Lady Gaga, Salman Khan